»

Monday, February 14, 2011

Sahabat & Wanita

Aku mencari ketenangan seketika ..layannn..

Hiasilah kehidupan ini dengan gurau senda kerana ia melambangkan kehidupan yang harmoni.

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

"buah akal ialah ilmu pengetahuan,buah jiwa adalah iman dan buah fizikal ialah kemajuan"

"cinta kepada bunga akan layu,cinta kepada manusia akan berpisah dan cinta kepada ALLAH
s.w.t akan abadi"

**WANITA**

Wanita itu sendiri adalah rahsia .......
Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya..

"Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"

Wanita/perempuan diciptakn bukan drp tulang rusuk ats untk memerintah, bukn drp rusuk bawah untuk dipijak, ttp terletaknya rusuk itu di bahagian dada dan berdekatan dengan tangan bermakna tangan yg membelai dan hti yg mempunyai prasaan & kasih sayang..

**SAHABAT**
Sahabat yg baik adlh orang yg bercakap benar, dan bukannya hny membenarkn kata2...
Jika bersahabat bersiaplah utk bekorban demi sahabat tersebut..
Jika bermusuhan dengn shabat bersiaplah untuk mengalah demi persahabatn...

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah....

" Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan,itu adalah mulia dan terpuji."

Hadiah Terbaik
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan


............Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair....................



Motivasi untuk kita semua....semoga aku menjadi wanita solehah suatu hari nanti & sahabat yang baik dan di senangi semua...Amin...







3 Comment:

ishiko said...

wanitaa... hiasan dunia, seindah ia adalah wanita solehah..

pssttt... en3 lepas.. thaxs~

ishiko said...

wanitaa... hiasan dunia, seindah ia adalah wanita solehah..

pssttt... en3 lepas.. thaxs~

Suriati said...

huhuhuh....jadila wanita solehah..keke...
dh.dah..tido kak ira woii..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...